Rabu, 25 November 2009

EKSKUM 2000 -Ekspo Konvokesyen UM

Buku Program Ekskum 2000


Pro Canselor UM: Dr.Raja Nazrin


Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan



Aku diamanahkan sebagai Bendahari Agung MPPMUM 2000/2001. Ekskum 2000 belum terurus dan kian kesuntukkan masa untuk mengaturselia semua program dan apa jua kelengkapan teknikal yang diperlukan. Nafasku kencang, hatiku membisu, siapakah calon terbaik untuk kami MPPUM melantiknya sebagai Ketua Pengarah Eksekutif.....tidak habis di situ. Kepercayaan dari pucuk pimpinan ketika itu untuk aku turun ke bawah mengambil sendiri peranan itu. Aku agak keberatan untuk menggalas tugas seberat itu. Lama aku berseorangan di bilik penginapan. Apakah aku harus sekali lagi menyahut cabaran ini, sedangkan masa begitu terdesak untuk melakukan itu semua. Keesokkan paginya, aku menyampaikan 'ya' tetapi tidak berani menjanjikan apa-apa yang luarbiasa. Aku mula mengambil barisan exco Ekskum, eksekutif dan mula menyenaraikan semua program yang bakal diadakan. "Kerja ini perlu pantas, tidak ada masa untuk berkata tidak", pintaku kepada semua barisan eksekutif yang ada. "Jika keluar mencari sesuatu, gagal, bukan bermakna berkecai....saya akan pastikan awak berjaya". Ada juga eksekutif yang menangis kerana gagal dalam misi mereka. Mereka masuk di dalam bilik 'KPE', dan seperti biasa mereka ceritakan semua masalah yang ada, tapi aku berkeras untuk mereka pergi kali kedua bersama altenatif dengan pendekatan berbeza yang aku mahukan... akhirnya mereka balik senyum tertawa. "Terima kasih KPE, kami dapat". Aku cukup tersentuh dengan jawapan itu...yang pasti mereka telah belajar sesuatu yang bermakna dan harus dimanfaatkan bilamana mereka berhadapan dengan realiti pekerjaan sebenar nanti. Selama sebulan lamanya, aku hanya tidur 2-3 jam sahaja. Baki jam yang lain hanya tidur-tidur ayam. Terjaga malam, fikiran terus berada ditempat dan program yang bakal diadakan. Ya..Allah, adakah ini petanda buruk atau satu cara untuk aku terus berlatih, terus bersemangat dan tidak mudah melenting dalam tindakan. Azab,sengsara....banyak kepahitan yang harus diterima...segunung kemanisan pula yang aku kecapi. 48 program berjaya diadakan. Terima kasih pada semua tenaga Ekskum 2000. Mahadi, Jun, awak berdua paling banyak berkorban dan bertukar pandangan.

Ahad, 15 November 2009

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)

Barisan Kabinet MPPMUM 2000/2001

Tahun 1999/2000 aku diberi kepercayaan untuk mengepalai dan menghidupkan Biro Kebajikan dan Aduan MPPUM. Aku bersngguh-sungguh bekerja tanpa disuruh. Tanggungjawab ini besar. Di mana ada kedengaran masalah mahasiswa, di situlah aku akan pergi menyiasat dan terus membuat perancangan dan kerja untuk membantu. Ada kes pelajar tidak dapat bantuan biasiswa,kes mangsa kecurian, pelajar miskin tidak dapat meneruskan pengajian,gangguan sesama pelajar, kes kematian tekanan dan birokrasi pihak universiti dan seribu macam masalah yang mereka bawa untuk diselesaikan. Aku masih ingat kes kematian pelajar. Aku terpaksa menghubungi TNC dan minta untuk pihak UM menyediakan bas 'on time' untuk membolehkan pelajar dan rakan-rakan pergi ke Kedah untuk ziarah kematian. Tidak cukup dengan itu, mengadakan kutipan derma kilat pula.
Tahun 2000/2001 aku diberi kepercayaan sebagai Bendahari Agung MPMUM. Aku rasa tak mampu untuk memikul tanggungjawab ini. Teman-teman pula banyak menyokong dan memberi kata-kata semangat. Mulai saat itu, aku terus belajar untuk matang dalam membuat keputusan. Aku tak mahu mahasiwa terbeban dengan hutang, lewat dibayar PTPTN dan sebagainya. Mana-mana prsatuan pelajar dalam UM pula, aku cuba membantu agar pihak Bendahari UM boleh menyegerakan apa jua bayaran dalam waktu yang paling singkat.
Agaknya pihak HE dan Bendahari UM sudah muak dengan kehadiran aku di pejabat mereka. Aku akan berterusan ke pejabat mereka selagi tuntutan dan kebajikan mahasiswa tidak terbela. Cuma aku jenis tidak bercakap kasar sahaja. Banyak aku cuba perkatakan kepada mereka dengan pendekatan perbincangan dan memberi kedudukan/ situasi sebenar yang berlaku.
Bila melalui jalan motosikal di tepi padang varsiti, aku rasa sedih dengan pelajar yang berjalan kaki. Mereka terpaksa berisiko untuk dilanggar motosikal kerana jalan disitu terlalu sempit.Aku siapkan satu kertas kerja dan memohon dengan TNC Pembangunan ketika itu untuk menyiapkan satu laluan pejalan kaki khas di situ. Akhirnya, dalam masa 2 minggu kerja pembinaan selesai.
Laluan gelap diseluruh jalan Universiti banyak mengundang bahaya kpada mahasiswa di waktu malam. Minta juga agar diadakan pencahayaan. Bagaimana pula mereka yang dari golongan kurang upaya? Minta pula laluan zebra dekat kolej 7 dan laluan khas bagi mereka di fakulti sastera. Isu-isu semasa di luar juga perlu diambil tahu sebaik mungkin.
Kehidupan aku semasa di UM banyak mendewasakan aku dalam menghadapi sebarang tindakan. Semuanya ini hanya kenangan dan aku jadikan pengajaran pada diri sendiri.

Kehidupan di Kolej 5




Tahun pertama sesi 97/98 aku menginap di kolej 8. Mulai tahun kedua, aku diberi pula menginap d kolej 5. Bermula kehidupan aku di kolej baru yang rata-ratanya pelajar yang menyertai PALAPES. Aku bersahabat baik dengan Saidil Mazlan,Hairolnizam Ce Sab dan Rosli Jarkasi. Semua mereka kini sama seperti aku, bertugas sebagai guru. Kami semua sama-sama pelajar Sains Sukan, satu PALAPES, dan sebagai teman bilik kediaman. Begitulah akrabnya kehidupan kami di kolej lima dulu. Tapi, aku seorang ni lain sikit. Kerja terpaksa mengikut jadual yang ketat setiap hari. Setiap hari dan masa, aku banyak menghabiskan masa berada di sekretariat MPPUM untuk menguruskan hal ehwal kebajikan mahasiswa.Sebelah petang pula, Dr.Azrai selalu memanggil aku dari bawah untuk bermain hoki bersamanya. Syok juga ada masa untuk melepaskan tension. Bila berpeluh, terasa sihat pula badan dan fikiran. Biasanya 6-10 pelajar akan menyertai kami untuk bermain hoki di luar dewan makan kolej ke 5. Biasanya, pelajar lain berlumba-lumba untuk makan nasi,aku pula sibuk mengisi makanan (tapaw)untuk dimakan waktu malam. Mana boleh makan kenyang untuk bermain, nanti termuntah pula. Kadangkala aku perlu menguruskan program kolej yang disertai termasuklah pada sebelah malam berdikir barat. Begitu juga di pusat sukan. Sebagai JUO PALAPES pula,banyak juga masa untuk aku korbankan. Begitulah kehidupan aku di kolej 5. Semuanya sibuk. Biasalah, tak ada gaji pun. Tapi semuanya itu membuatkan aku matang untuk melakukan sesuatu. Cuma aku selalu mengingatkan diri sendiri, buat kerja mesti bertanggungjawab, ada pahala dan keberkatan disebalik semua itu.

Khamis, 12 November 2009

PALAPES


Masa tu Palapes peringkat II banyak hadapi krisis dan masalah. Bagi aku, masalah itu boleh selesai dengan senang tetapi siapalah aku untuk menyelesaikannya. Tibalah satu ketika, aku terberani tampil kehadapan untuk menyatakan sesuatu. Mulai saat itu, aku didiperhatikan dan diberi pangkat Koperal.
Bila naik ke peringkat III, satu penilaian telah diadakan untuk pelantikan SUO dan JUO Palapes Universiti Malaya. Dengan nada suara yang kuat aku menjerit sekuat hati untuk memberi hukuman kawad kepada mereka yang berada di hujung padang kawad yang luas itu. Macam-macam ujian diadakan termasuklah aspek kepimpinan. Aku biasa saja. Tidak mengharapkan apa-apa. Yang penting Palapes mesti cekal,tahan mental menempuh segala rintangan dan pancaroba. Tiba-tiba namaku dpanggil tampil kehadapan dan dilantik sebagai JUO yang mereka panggil 'Tuan' walaupun belum tauliah. Terkedu seketika. Besarnya tangungjawab ini.
Sebagai ketua dalam angkatan tentera, kerja tidak boleh main-main. Jika 100 orang datang melapor, 100 oranglah yang kita mesti tahu. 1 orang saja yang tiada, alamat bungkuslah segalanya.
Dari situ aku mula belajar untuk bertegas. Tidak boleh memberi muka pada mereka walaupun kawan sendiri. 'Selai-selai kau datang', kau ingat aku ni apa, tunggul, pak pacak.....' Begitulah sedikit bahasa tentera. Kalau Palapes peringkat 1 dan II yang datang lapor, bila aku pegang perut diorang, rasa macam enjin kereta buruk. Gementar semacam. Aku tertawa dalam hati.

Varsiti 98'

Majalah Varsiti 98'



Saya masih ingat para pengarang majalah Varsiti 98. Sdr.Izani Mohd. Zain dengan cara lucunya itu. Sdr.Fauzul Naim yang berkarektor,Sdr Noor Arenawati dengan ketekunannya, Sdr.Noor Hadayah yang mesra begitu,Sdr Abdul Saman yang kadangkala serius,Sdr.Amir Affendy yang byk 'edit',Sdr Shamsiah Banu yang cool,Sdr Mohd.Johaary yang suka melawak dan Sdr.Iqbal Hana'yang suka senyum sekejap dan saya sendiri ,Nasran yang mereka gelar morning2.
Setiap pagi,saya orang yang selalu menang tempat pertama berada di bilik sidang redaksi. Bila sesiapa masuk, satu perkataan akan terpacul dari mulut saya 'morning-morning. Tapi kerja bersama team mereka ini, best. Kerja memang banyak, tapi pada masa yang sama kami berkongsi maklumat dan saling kena mengena antara satu sama lain. Sehinggalah kerja yang kami lakukan akan mendapat mutu yang diingini.




Lembaran Fauzul Naim berbunyi:

Terkadang aku terfikir
Apa sebenarnya persahabatan
Apakah laksana unggas berkawan
Terbang bebas di angkasa raya
Ataupun ibarat berkejar di air tenang

Persahabatan,
Bukan mudah untukku cipakan
Bukan indah untukku madahkan
Bukan merdu untuk ku lagukan

Disitulah tempat insan hadir
Mendengar dan bercerita
Berkongsi dan bersama
Menangis dan ketawa
Senyuman dan air mata
Setiap saat dan ketika
Menemani dan ditemani
Disayangi dan menyayangi
Menyintai dan dicintai

Dalam jutaan dan ribuan
Amat sukar bagiku
Mencari yang satu

Sahabatku,
Tiada kebahagiaan tanpa air mata kerana...
Setitis air mata yang tumpah
Bukti selaut kasih yang melimpah.

Lembaran Shamsiah Banu


Lembaran Johary:



Lembaran Nasran Rushdi