Khamis, 12 November 2009

PALAPES


Masa tu Palapes peringkat II banyak hadapi krisis dan masalah. Bagi aku, masalah itu boleh selesai dengan senang tetapi siapalah aku untuk menyelesaikannya. Tibalah satu ketika, aku terberani tampil kehadapan untuk menyatakan sesuatu. Mulai saat itu, aku didiperhatikan dan diberi pangkat Koperal.
Bila naik ke peringkat III, satu penilaian telah diadakan untuk pelantikan SUO dan JUO Palapes Universiti Malaya. Dengan nada suara yang kuat aku menjerit sekuat hati untuk memberi hukuman kawad kepada mereka yang berada di hujung padang kawad yang luas itu. Macam-macam ujian diadakan termasuklah aspek kepimpinan. Aku biasa saja. Tidak mengharapkan apa-apa. Yang penting Palapes mesti cekal,tahan mental menempuh segala rintangan dan pancaroba. Tiba-tiba namaku dpanggil tampil kehadapan dan dilantik sebagai JUO yang mereka panggil 'Tuan' walaupun belum tauliah. Terkedu seketika. Besarnya tangungjawab ini.
Sebagai ketua dalam angkatan tentera, kerja tidak boleh main-main. Jika 100 orang datang melapor, 100 oranglah yang kita mesti tahu. 1 orang saja yang tiada, alamat bungkuslah segalanya.
Dari situ aku mula belajar untuk bertegas. Tidak boleh memberi muka pada mereka walaupun kawan sendiri. 'Selai-selai kau datang', kau ingat aku ni apa, tunggul, pak pacak.....' Begitulah sedikit bahasa tentera. Kalau Palapes peringkat 1 dan II yang datang lapor, bila aku pegang perut diorang, rasa macam enjin kereta buruk. Gementar semacam. Aku tertawa dalam hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan