Ahad, 15 November 2009

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)

Barisan Kabinet MPPMUM 2000/2001

Tahun 1999/2000 aku diberi kepercayaan untuk mengepalai dan menghidupkan Biro Kebajikan dan Aduan MPPUM. Aku bersngguh-sungguh bekerja tanpa disuruh. Tanggungjawab ini besar. Di mana ada kedengaran masalah mahasiswa, di situlah aku akan pergi menyiasat dan terus membuat perancangan dan kerja untuk membantu. Ada kes pelajar tidak dapat bantuan biasiswa,kes mangsa kecurian, pelajar miskin tidak dapat meneruskan pengajian,gangguan sesama pelajar, kes kematian tekanan dan birokrasi pihak universiti dan seribu macam masalah yang mereka bawa untuk diselesaikan. Aku masih ingat kes kematian pelajar. Aku terpaksa menghubungi TNC dan minta untuk pihak UM menyediakan bas 'on time' untuk membolehkan pelajar dan rakan-rakan pergi ke Kedah untuk ziarah kematian. Tidak cukup dengan itu, mengadakan kutipan derma kilat pula.
Tahun 2000/2001 aku diberi kepercayaan sebagai Bendahari Agung MPMUM. Aku rasa tak mampu untuk memikul tanggungjawab ini. Teman-teman pula banyak menyokong dan memberi kata-kata semangat. Mulai saat itu, aku terus belajar untuk matang dalam membuat keputusan. Aku tak mahu mahasiwa terbeban dengan hutang, lewat dibayar PTPTN dan sebagainya. Mana-mana prsatuan pelajar dalam UM pula, aku cuba membantu agar pihak Bendahari UM boleh menyegerakan apa jua bayaran dalam waktu yang paling singkat.
Agaknya pihak HE dan Bendahari UM sudah muak dengan kehadiran aku di pejabat mereka. Aku akan berterusan ke pejabat mereka selagi tuntutan dan kebajikan mahasiswa tidak terbela. Cuma aku jenis tidak bercakap kasar sahaja. Banyak aku cuba perkatakan kepada mereka dengan pendekatan perbincangan dan memberi kedudukan/ situasi sebenar yang berlaku.
Bila melalui jalan motosikal di tepi padang varsiti, aku rasa sedih dengan pelajar yang berjalan kaki. Mereka terpaksa berisiko untuk dilanggar motosikal kerana jalan disitu terlalu sempit.Aku siapkan satu kertas kerja dan memohon dengan TNC Pembangunan ketika itu untuk menyiapkan satu laluan pejalan kaki khas di situ. Akhirnya, dalam masa 2 minggu kerja pembinaan selesai.
Laluan gelap diseluruh jalan Universiti banyak mengundang bahaya kpada mahasiswa di waktu malam. Minta juga agar diadakan pencahayaan. Bagaimana pula mereka yang dari golongan kurang upaya? Minta pula laluan zebra dekat kolej 7 dan laluan khas bagi mereka di fakulti sastera. Isu-isu semasa di luar juga perlu diambil tahu sebaik mungkin.
Kehidupan aku semasa di UM banyak mendewasakan aku dalam menghadapi sebarang tindakan. Semuanya ini hanya kenangan dan aku jadikan pengajaran pada diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan