Rabu, 25 November 2009

EKSKUM 2000 -Ekspo Konvokesyen UM

Buku Program Ekskum 2000


Pro Canselor UM: Dr.Raja Nazrin


Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan



Aku diamanahkan sebagai Bendahari Agung MPPMUM 2000/2001. Ekskum 2000 belum terurus dan kian kesuntukkan masa untuk mengaturselia semua program dan apa jua kelengkapan teknikal yang diperlukan. Nafasku kencang, hatiku membisu, siapakah calon terbaik untuk kami MPPUM melantiknya sebagai Ketua Pengarah Eksekutif.....tidak habis di situ. Kepercayaan dari pucuk pimpinan ketika itu untuk aku turun ke bawah mengambil sendiri peranan itu. Aku agak keberatan untuk menggalas tugas seberat itu. Lama aku berseorangan di bilik penginapan. Apakah aku harus sekali lagi menyahut cabaran ini, sedangkan masa begitu terdesak untuk melakukan itu semua. Keesokkan paginya, aku menyampaikan 'ya' tetapi tidak berani menjanjikan apa-apa yang luarbiasa. Aku mula mengambil barisan exco Ekskum, eksekutif dan mula menyenaraikan semua program yang bakal diadakan. "Kerja ini perlu pantas, tidak ada masa untuk berkata tidak", pintaku kepada semua barisan eksekutif yang ada. "Jika keluar mencari sesuatu, gagal, bukan bermakna berkecai....saya akan pastikan awak berjaya". Ada juga eksekutif yang menangis kerana gagal dalam misi mereka. Mereka masuk di dalam bilik 'KPE', dan seperti biasa mereka ceritakan semua masalah yang ada, tapi aku berkeras untuk mereka pergi kali kedua bersama altenatif dengan pendekatan berbeza yang aku mahukan... akhirnya mereka balik senyum tertawa. "Terima kasih KPE, kami dapat". Aku cukup tersentuh dengan jawapan itu...yang pasti mereka telah belajar sesuatu yang bermakna dan harus dimanfaatkan bilamana mereka berhadapan dengan realiti pekerjaan sebenar nanti. Selama sebulan lamanya, aku hanya tidur 2-3 jam sahaja. Baki jam yang lain hanya tidur-tidur ayam. Terjaga malam, fikiran terus berada ditempat dan program yang bakal diadakan. Ya..Allah, adakah ini petanda buruk atau satu cara untuk aku terus berlatih, terus bersemangat dan tidak mudah melenting dalam tindakan. Azab,sengsara....banyak kepahitan yang harus diterima...segunung kemanisan pula yang aku kecapi. 48 program berjaya diadakan. Terima kasih pada semua tenaga Ekskum 2000. Mahadi, Jun, awak berdua paling banyak berkorban dan bertukar pandangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan